Posts

Showing posts from January, 2013

Jangan .. Jangan ..

Image
Jangan kau jangan .. Berasa megah dengan ilmumu .. Jangan kau jangan .. Berasa bangga dengan kebijakanmu .. Jangan kau jangan .. Berasa ujub dengan kehebatanmu .. Jangan kau jangan .. Sesekali kau jangan .. Pernahkah kau terfikir .. Apakah ilmu itu milikmu? Pernahkah terdetik di hatimu .. Apakah kebijakan itu kepunyaanmu? Pernahkah kau renung .. Apakah hebatmu itu kamu kuasai? Jangan kau jangan ..  Jangan tanam jiwa yang rosak .. Jangan kau jangan ..  Jangan semai akhlak yang hodoh ..  Agar suatu hari nanti ..  Dapat kau tuai buah pekerti yang manis ..  Supaya kamu ..  Dapat merasai kelazatan tanamanmu ..  p/s : Ilmu itu milik Allah Taala. Sekuat manapun kita cari, gali, korek ilmu, tetap ia milik Allah Taala. Justeru, jangan pernah kita berasa megah dengan ilmu kita yang cetek ini. Bila-bila masa Allah mampu tarik kembali ilmu yang telah dipinjamkan olehNya. Bayangkan dirimu tanpa ilmu. Bagaikan ...

SPM Qs #2 : Quadratic Equations

Image
Assalamualaikum ..     Haaa, aku datang sekali lagi. Datang dengan soalan SPM. Kali ini, saya ingin sentuh satu soalan di Kertas 2. Persamaan Kuadratik. Apakah persamaan kuadratik? Quadratic equation is an equation with the highest power degree is two (2) . Kuasa tertinggi bagi uknown  dalam persamaannya ialah dua (2). Oh yeah, dua laa. Kalau tiga? Kalau tiga tak jadi nama persamaan kuadratik dah la. Dah jadi nama Persamaan Kubik pula.  Ok, SPM 2005 - 2012. Persamaan Kuadratik hanya pernah keluar sebanyak dua kali. Iaitu pertama kalinya pada tahun 2009, dan yang kedua pada tahun 2012. Soalannya hanya keluar di bahagian A. Mungkin LPM nak beri markah free  kepada calon. Insya-Allah, soalannya tidaklah sesusah yang digambarkan. Indah khabar daripada rupa? Hahaha.  SPM 2012 :  Soalannya berbunyi [ada bunyi ker?] Cuba selesaikan. Selepas selesai jawab, baru tengok cadangan jawapan. [Skema pemarkahan SPM adalah r...

Ambiguous Cases

Image
Assalamualaikum ..       Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa. Double what? Sudah empat hari tidak meng update  blog. Almaklumlah, ahli korprat. Sibuk sikit. Business sedang membangun. Bisnes? Ah, lupakan. Auta semata-mata. Dalam post terdahulu, kita telah membincangkan subtopik pertama bagi tajuk Solution of Triangles . Pastinya kita telah kenali Petua Sinus. Syarat tetap syarat ! Wajib patuhi syarat itu barulah kita boleh menggunakan Petua Sinus. Kalau tak penuhi? Pui ! Pergi jauh-jauh la. Haha. Macam nak kahwin la, kena cukup syarat baru dapat kahwin. Ish, apasal pula cakap tentang kahwin ni? Lupakan cepat. Haha. Ok, saya akan perkenalkan apakah itu Kes Ambiguiti . Ui~! Pelik sungguh bunyinya. Tak apa, saya akan beritahu apakah intepretasi bagi Ambiguiti. Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, ambiguiti bermaksud kesamaran atau ketidaktentuan yang memungkinkan dua atau lebih tafsiran. Ok! Sudah faham ya maksudnya? Masih samar ? Haaa, begini maksudnya, bagi satu seg...

Jiwa .. Hati .. Sucikah?

Image
Google より Nak didik jiwa, bukan perkara mudah ..  Nak jaga hati, tak begitu senang ..  Walaupun susah, waimapun payah .. Tetap ada caranya ..  Kembali kepada fitrah ..  Hati itu suci sifatnya ..  Lahir dengan seputih warna ..  Fitrah manusia itu mendekati Allah Taala .. Taat Allah, Taat RasulNya ..  Saat jatuh terduduk,  Ingatlah ..  Allah sentiasa ada ..  Saat kita mampu berdiri atas dua kaki kita, Ingatlah .. Allah sememangnya ada ..  Tapi, kita ...  Adakah kita ini tidak bersyukur?  Saat susah, kita minta pertolongan dengan Allah .. Saat senang, mana tanda kesyukuran kita?  Allah,, Allah ..  Sesungguhnya, kita sering alpa dan lalai .. Terlalu asyik mengejar kemewahan dunia .. Terlalu tamak menggapai dunia yang fana ..  Terlalu haloba mengaut kesenangan dunia ..  Lalu, Inikah cara kita didik jiwa kita?  Didik dengan kemewa...

Solution of Triangles

Image
Assalamualaikum ..  Tajuk dalam bahasa Inggeris, tapi saya tak nak hurai dalam bahasa Inggeris. I'm weak in English. Haha.  Solution of Triangles  atau Penyelesaian Segitiga merupakan bab kesepuluh bagi subjek Matematik Tambahan Tingkatan 4. Tajuk ini merupakan pakej daripada Sains Teknologi.  Tajuk ini tidak pernah keluar dalam kertas 1, tapi WAJIB keluar dalam kertas 2 : Bahagian C. Dan, bagi saya sendiri, saya mewajibkan diri saya untuk memilih soalan ini. Mengapa???? Jawapannya ialah soalan tajuk ini agak mudah jika dibandingkan dengan yang lain. Hanya tahu dan gunakan rumus yang betul, insya-Allah jawapan anda betul.  Ada satu subtopik yang tidak pernah keluar dalam SPM 2005 - 2012. Subtopik itu berkisarkan segitiga dalam 3-matra atau 3D. Dikenali sebagai Three-Dimensional Geometry . Tapi tak apa, saya juga cuba untuk kupas juga, walaupun saya juga agak tidak mahir. Haha. SBP pernah keluar subtopik ni. Kalau tak silap, tahun 2006.  ...

SPM Qs #1 : Geometric Progressions

Image
Assalamualaikum ..  Saya bercadang untuk datangkan contoh berdasarkan soalan-soalan SPM. Mungkin lebih baik. Lebih menepati standard (Y). Haha.  Bagi post  kali ini, saya ingin memaparkan soalan daripada subtopik Geometric Progressions .  SPM 2008 : Ingat kembali rumus. Melalui rumus, kita dapat mengetahui maklumat/info/perkara apakah yang patut kita kumpul. Ada satu lagi cara. Cuba cari? Haaa. Kaitkan setiap satu hubungan tersebut. Insya-Allah, dapat cara alternatif satu lagi. Kalau Janjang Geometri/ Geometric Progressions , kita nak dapatkan nilai yang seterusnya, kita perlu darab. Jika terbalikkan proses darab, tentunya jadi bahagi. Bukahkah begitu? Saya akan kenalkan satu segitiga untuk anda semua. Ok, tak faham? Macam mana nak guna? Haa,, mudah sahaja.  Jika kita ingin mencari D , maka tutup huruf D . Yang tinggal hanya huruf B dan r , B dan r bersebelahan. Maka, kita perlu darab jika B berada di tep...

Dear Math ..

Image
Diberi AB = 3 cm , BC = 4 cm . Cari x . Pernah rasa putus asa tak nak mencari nilai uknowns ? Bersabarlah, nak cari ilmu kan? Nak buat apa-apapun kena ada sabar. Nak telaah ilmu, kesabaran kena tinggi. Kelmarin, saya ada post  tajuk-tajuk Matematik dan Matematik Tambahan yang telah saya pelajari. Sesungguhnya, aku merindui saat-saat itu. Nak masuk kelas, mengaji giler giler macam dulu. Tiap-tiap hari buat latihan Matematik. Semasa baru melangkah masuk Form 4, almaklumlah awal tahun. Minggu pertama tu memang tak belajar. So , saya cuba untuk ambil masa belek-belek buku AddMaths . Tambahan pula, dalam bahasa Melayu. Wah! Lagi mudah nak faham. Tajuk first ? Fungsi laaa, apa lagi. Penuh dengan anak panah. Dalam kepala, banyak dah soalan berlegar-legar. Ini apa? Itu apa? Ish! Hidup penuh dengan soalan. Rasa nak putus asa pun ada. Haha. Tapi, Allah masih bagi kekuatan. Try  juga jawab soalan. Kalau dapat jawapan tu, rasa macam ... Oh! Gembiranya! Selepas minggu pertama...

Luas Sektor bagi Sebuah Bulatan

Image
Assalamualaikum ..  Maaf kerana agak lama tidak meng update  blog. Agak sibuk belakangan ini. Tak apa, tak apa, kita teruskan kepada subtopik yang seterusnya dalam Bab 8 : Sukatan Membulat.  Luas bagi segi tiga, ada rumusnya. Untuk mencari luas trapezium, ada caranya. Nak cari luas bulatan, ada kaedahnya. Haa, sama la juga untuk mencari luas bagi sebuah sektor bulatan.  Jom lihat gambar rajah!  Untuk mencari luas bagi sebuah sektor,  rumus tersebut digunakan. Ada syaratnya. Haa, syaratnya ialah  θ  (theta) mestilah dalam unit radian. Tidak dapat tidak, mesti dalam unit radian, bukannya darjah. Jom kita lihat contoh ..  Soalan mudah dahulu ...  Perkara pertama - Perlu tahu, rumus mana patut digunakan.  Kedua - Kumpul maklumat yang telah diberi. Rujuk kepada rumus. Rumus kata nak nilai theta, maka kena cari nilai theta. Rumus kata nak nilai jejari, jadi .. kena cari nilai jejari lah.  Nak conto...