Fungsi Gubahan - Mencari Salah Satu Fungsi dalam Fungsi Gubahan
Assalamualaikum. Topik ini saya dah pernah muat naik 11 tahun yang lalu. Ketika itu, saya masih muda remaja. Belum masuk universiti. Jadi, sekarang saya akan menunjukkan kaedah baharu yang lebih mudah difahami untuk mencari salah satu fungsi dalam fungsi gubahan. Baca juga: Fungsi Gubahan Imbas Kembali: Fungsi Gubahan 1. Fungsi Gubahan ialah penggabungan dua fungsi seperti fungsi g dan f digabungkan menjadi fg atau gf . 2. Perlu diingatkan bahawa fungsi gubahan fg dan gf adalah tidak sama . 3. Perhatikan bahawa apa-apa unsur yang berada dalam kurungan akan menggantikan tempat x dalam sesuatu fungsi. Unsur yang berada dalam kurungan ini dikenali sebagai objek . Contoh: f ( x ) = x + 4 ... x ialah objek. f ( 5 ) = 5 + 4 ... objek pada fungsi ini ialah 5; x = 5. f ( x - 2 ) = x - 2 + 4 ... objek pada fungsi ini ialah x - 2 Daripada dua contoh di atas, jelas bahawa objek akan dimasukkan pada kedudukan x . Bagaimana jika terda...