Posts

Showing posts from August, 2022

Surd - Hukum Asas dan Teknik Mempermudah

Image
 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Surd merupakan subtopik tambahan dalam Bab 4 yang mempunyai perkaitan dengan Indeks dan Logaritma. Apa yang menarik dalam bab ini ialah jalan pengiraan surd * seolah-olah * dilakukan hanya separuh jalan. Kenapa? Kerana penggunaan surd adalah bertujuan untuk memudahkan jalan pengiraan secara congak tanpa melibatkan kalkulator.  Dalam mempelajari bab ini, pelajar perlu menyiapkan diri dengan hafalan sifir dan penguasaan teknik pemfaktoran yang bagus. Kemahiran ini akan membantu pelajar dalam menyelesaikan persamaan yang mengandungi sebutan surd. *insert photo* 1.1 Apa itu Surd?  Surd boleh ditakrifkan sebagai nombor dalam bentuk punca kuasa. Dalam buku teks Matematik Tambahan Ting 4 (Pan Asia Publications, 2019), terminologi surd juga ditulis dengan "simbol radikal".  Punca kuasa bagi surd pula bermula daripada dua (punca kuasa dua) dan pelajar peringkat SPM hanya akan mempelajari surd berkuasa dua sahaja. Jadi, jangan risau! 1.2 K...

Cubaan.. 1 2 3

Image
 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terasa betul kekoknya apabila dah lama meninggalkan dunia penulisan. FB, Twitter, IG.. hanya digunakan untuk berinteraksi mesra. Alhamdulillah.. baru berjinak-jinak dengan animasi perisian PowerPoint. Mungkin nanti boleh menganimasikan persamaan-persamaan Matematik. Contoh di bawah: Sedikit memakan masa (agak banyak sebenarnya). Tapi jika ini memudahkan, akan diusahakan. Tambahan pula sekarang ada bantuan iPad, in shaa Allah kerja akan lebih mudah. Tolong doakan saya! 😁