Daripada Addmath kepada Bahasa Arab: Kenapa blog ini beralih arah?
Kenapa lama tak update? Kekangan waktu, masa dan peluang menghalang untuk sentiasa mengemas kini blog. Tapi sebab yang paling jelas adalah disebabkan oleh perubahan bidang. Blog ini dibuat semasa 2013, waktu otak masih segar dengan ilmu Addmath. Sampai sekarang, Addmath masih lagi menjadi pujaan hati. Tapi sejak menyambung pengajian dalam bidang Linguistik Arab di Universiti Malaya, semakin jauh meninggalkan Matematik. Addmath Tak Pernah Saya Tinggalkan Kalau ada masa, masih lagi mencari peluang untuk menjawab persoalan-persoalan Matematik. Nanti boleh ajar anak sendiri. Tapi soalan Matematik Tambahan sekarang terlalu KBAT. Bukti pelajar kita semakin pandai dan genius. Pernah terfikir tak, apa kaitan Matematik dengan bahasa Arab? Persamaan kedua-dua ilmu ini ialah kedua-duanya berstruktur dan ada formula. Kita sebagai penutur bahasa Melayu, mungkin tak terlalu memikirkan struktur susunan ayat. Tapi, apabila mempelajari bahasa asing, kita akan lebih memerhatikan g...