Ada Style? Layannn !
Assalamualaikum .. Bertemu lagi kita pada waktu yang tidak sama, dan hari yang berlainan. Saya menulis, anda membaca. Kira bertemu atau tidak? Dunia sudah moden, bak iklan Nokia, " Connecting People ". Facebook pula, ada tagline dia? Ah, aku tak tahu. Lupakan. Kalau rasa dunia sudah maju, jadi gunakanlah platform yang sedia ada itu sebaik mungkin. Sebarkan dakwah, sampaikan ilmu, kongsi ( share ) maklumat .. Tapi, pastikan betul. Kalau salah? Oh, minta maaflah. Harap-harap, orang lain open minded . Post kali ini, saya tak nak sentuh sangat tentang sukatan Matematik Tambahan, tetapi saya ingin berkongsi sedikit. Kongsi bagaimana caranya untuk study AddMath. Almaklumlah, AddMath ni susah, sangat payah. Lain terus dengan Matematik Moden. Oh ! Tak apalah, perspektif manusia berbeza. Tapi, kalau kita fikirkan susah, maka ---- susahlah kita nak dapat. Ingat balik pepatah Melayu, " hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih." Adnan Sempit pu...